Resepi kek coklat kukus berlapis keju

Bahan A
250g Tepung gandum
100g Coco powder
1 sd teh Baking powder
1 1/4 sd teh Sodium bicarbonate 
1/2 sd teh Garam halus

Bahan B
2 bj Telur grade A
350g gula kastor/halus
1/2 sd teh Esen vanilla

Bahan C
1/2 tin Susu cair
1/2 mug /150g Minyak masak/ sayuran/ butter cair

Bahan D
1 cawan Air panas

Bahan untuk  keju
250g krim keju *
60g gula kastor/ gula halus *
25ml air*
1 bj telur grade A

Cara-cara
1. Ayak bahan A dahulu kecuali garam, ketepikan seperti gambar 1.

2. Pukul bahan B sampai kembang (max speed) atau lebih kurang lima minit seperti dlm gambar 2.

3. Kemudian masukan bahan C, pukul lagi (medium speed) seperti dlm gambar 3.

4. Kemudian masukan pula bahan A sedikit-sedikit pukul pada kelajuan perlahan, masukan bahan A sehingga habis seperti dalam gambar 4.

5. Setelah sebati matikan mixer, masukan air panas. Masukan 1cawan air panas,  kacau menggunakan senduk perlahan-lahan sehingga adunan betul-betul sebati seperti dalam gambar 5. 

6. Setelah sebati masukan setenggah dr adunan kek ke dalam acuan untuk dikukus seperti dalam gambar 6 dan 7 pastikan peralatan untuk mengukus telah tersedia (air dlm periuk kukus betul2 dah mendidih).

7. Kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak seperti dalam gambar 8.

8. Keluarkan adunan kek yg telah masak, kemudian masukan adunan keju di atas adunan kek yg telah masak td. Kukus semula adunan td selama 20 minit atau sehingga masak seperti gambar 9.

9. Setelah adunan keju masak, keluarkan adunan td. Kemudian masukan semula baki adunan kek coklat td di atas adunan keju yg telah masak td. Seperti dalam gambar 10.Kukus semula selama 1 jam atau sehingga masak. 

10. Setelah masak,  biarkan kek seketika dlm 10 minit kemudian keluarkan kek yg sudah dimasak atau terbalikan kek td ke atas redai. Seperti dalam gambar 11.

11. Sejukan kek, kemudian bolehla kek dihias mengikut citarasa sendiri. Seperti dalam gambar 12 dan 13.

Cara-cara membuat adunan keju
Masukan bahan yg bertanda*, kecuali telur. Pukul sampai kembang, kemudian masukan telur pukul lagi. Tp pukul sekejap sahaja agak-agak rata matikan mixer.

Selamat mencuba :-)


                        

                       

                      

                      

                      

                      

       N.   n.     

                     

                     

             N n n

                     

                     

                    

0 comments:

Post a Comment