Resepi Soft Butter Walnut Cake

Bahan A
6 bj telur sejuk (grade A)
40ml air sejuk 
1/2 sudu besar ovalette
200g gula castor
250g tepung gandum 
1 1/2 sudu teh baking powder

Bahan B
250g butter / majerin
1 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C
100g walnut / badam
100g chocolate rice

Cara-cara
1. Pukul bahan A (5 minit) sampai kembang kemudian ketepikan. Seperti dalam gambar 1 dan 2

2. Kemudian pukul bahan B dalam bekas lain, sehingga kembang. Seperti dalam gambar 3 dan 4.

3. Selepas itu masukan adunan dr bahan B td yg sudah kembang ke dalam adunan A. Seperti dalam gambar 5.

4. Gaul perlahan-lahan secara kaup balik menggunakan spatula atau senduk.

5. Setelah adunan td rata, masukan separuh chocolate rice dan walnut ke dalam adunan td. Seperti dalam gambar 6. Gaul sehingga semuanya sekata.

6. Masukan adunan yg sudah siap td ke dalam acuan yg telah disapu dgn mentega dan sudah dilapiki dengan kertas kuih. Seperti dalam gambar 7 dan 8.

7. Kemudian taburkan lebihan chocolate rice dan walnut tadi di atas kek yg sudah dimasukan ke dalam acuan.

8. Bakar kek dengan suhu 160c, selama 40 minit atau sehingga masak.

9. Keluarkan kek dari oven, terbalikan kek di atas redai dan sejukan. Seperti dalam gambar 9.

10. Hias kek mengikut citarasa masing-masing. Seperti dalam gambar 10.

Selamat mencuba :-)



 






0 comments:

Post a Comment