Kek ni saya buat sempena birthday husband on 01 April 2012.. Dia x tau pun sbb on that day dia kerja, so saya buatla untuk dia senyap-senyap. Yang paling excited anak-anakla, terutama yg sulung dgn yang second, x sabar katanya tunggu ayah balik.
Aku suka makan roti boy.... so aku pun cubala resepi yang aku ambik kt internet sape2 yang berminat bolehla salin & try buat roti boy ni , memang sedap...
Bahan yg diperlukan:
inti
(yg ni resepi dlm internet)
100g mentega dilembutkan
1/4 st esen vanilla
35g gula perang
(yg ni resepi aku)
250g cream cheese
60g gula kastor
25ml air
topping
100g mentega
80g gula ising-ayak
2 bj telur-pukul sikit
3 sb nescafe+2 sb air
100g tepung gandum-ayak
doh roti
1/2 kg tepung roti-ayak
20g susu tepung-ayak
75g gula kastor
1 1/2 st yis
270ml air
60g mentega dilembutkan
1 bj telur dipukul sedikit
Cara-caranya:
Inti
(yang ni resepi dlm internet)
Pukul mentega dlm kelajuan sederhana 3 minit.. masukan esen vanilla + gula perang pukul sebati. Masukan dlm mangkuk bekukan dlm peti sejuk. kemudian bulat-bulatkan dlm 10 bahagian.
(yang ni resepi aku)
Pukul cream cheese bersama air dan gula kastor sampai sebati lebih kurang 5 minit dlm kelajuan sederhana. Kemudian masukankan kedlm piping bag macam kt gambar di atas. Lepas tu masukan dlm peti ais sebelum diletakan didlm doh.
topping:
Pukul mentega bersama gula ising dlm kelajuan sederhana selama 5 minit. kemudian masukan telur sedikit demi sedikit. lepas tu masukan bancuhan nescafe td dan tepung... putar lg dalam kelajuan perlahan sehingga sebati. Masukan ke dlm piping bag seperti dlm gambar di atas, kemudian sejukan di dlm peti ais.
doh / roti
masukan tepug roti & gula kastor ke dlm mixer pd kelajuan sederhana selama 1 minit. Masukkan yis, telur & air.. putar lg selama 1 minit kelajuan perlahan. Putar lg dlm kelajuan sederhana selama 8 minit.. masukan butter & gaul sebati selama 5 minit pd kelajuan sederhana. Bulatkan 55gm tutup dgn kain lembab selama 10 minit.
cara masukan inti: Letak doh di atas tapak tangan leperkan, kemudian pipingkan inti di atas doh. tutup semula (bulatkan balik seperti asal kemas2/rapat) pastikan jangan letak inti bnyk2..takut nanti inti terkeluar dr doh semasa dibakar. Setelah siap di bulatkan susun semula di dlm loyang pd jarak lebih kurang 7 cm.. ketepikan selama 45 minit. Kemudian piping topping atas roti seperti gambar di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)