Resepi kek coklat kukus (mini) -boleh dapat 90 - 100 bj

Bahan A
500g Tepung gandum
200g Coco powder
2 sd teh Baking powder
2 1/2 sd teh Sodium bicarbonate
1 sd teh Garam halus

Bahan B
4 bj Telur grade A
700g gula kastor/halus
1sd teh Esen vanilla

Bahan C
1 tin Susu cair
1 mug /300g Minyak masak

Bahan D
2 atau 3 cawan Air panas

Bahan E (hiasan)
Coklat masak (cairkan dulu + butter/majerin)
Coklat rice

Cara-cara
1. Ayak bahan A dahulu kecuali garam, ketepikan seperti gambar 1.

2. Pukul bahan B sampai kembang (max speed) atau lebih kurang lima minit seperti dlm gambar 2.

3. Kemudian masukan bahan C, pukul lagi (medium speed) seperti dlm gambar 3.

4. Kemudian masukan pula bahan A sedikit-sedikit pukul pada kelajuan perlahan, masukan bahan A sehingga habis seperti dalam gambar 4.

5. Setelah sebati matikan mixer, masukan air panas. Masukan 2 cawan dulu air panas, kalau nampak macam pekat sangat barula tambah 1/2 atau 1 cawan lagi air panas (agak-agak la) kacau menggunakan senduk perlahan-lahan sehingga adunan betul-betul sebati seperti dalam gambar 5. 

6. Setelah sebati masukan adunan ke dalam acuan untuk dikukus seperti dalam gambar 6, pastikan peralatan untuk mengukus telah tersedia (air dlm periuk kukus betul2 dah mendidih).

7. Kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak seperti dalam gambar 7. 

8. Setelah masak, keluarkan kek dari acuan (dlm keadaan suam2 jgn spi kek tu sejuk takut nanti kek melekat pd acuan).

9. Bila dah sejuk sapukan dengan coklat masak seperti dalam gambar 8, kemudian taburkan dengan coklat rice seperti gambar 9 dan 10. (Kalau rasa macam banyak sangat adunan tu boleh bahagikan sukatan kepada 2, so boleh dapat dlm 50 biji) 

Selamat mencuba :-)























Tempahan dari K.Azza Uzir Liberty Travel Jalan Raja Chulan. Dah lama x jumpa K.Azza, sebelum k.Azza pernah order muffin tp dah lama seingat saya empat tahun lepas.







Repeat order from K.Wee.. Dulu dia order cup cake untuk birthday anak lelakinya, kali ni dia order puding caramel untuk minum petang katanya... :-)





Tempahan datang dari Fazidah Lonpac Insurance, sebanyak 300 biji. Fazidah adalah antara regular customer yg dah lama berurusan dengan saya seingat saya semenjak lima tahun yang lepas. Alhamdulillah.. Semoga urusan bisnes ini akan terus berkekalan, inshallah.. :-)







RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI (resepi dari Lovely Kitchen)
Loyang 8 inci / 22cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 22cm

Cara-cara:

Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. (saya kacau)
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding

400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan seperti gambar 1. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:


Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar (saya x gunakan)

Cara-cara:

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku seperti gambar 2.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan seperti gambar 3. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:

3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati seperti gambar 4.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 5. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik seperti gambar 6.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak seperti gambar 7.
Warnakan dengan warna pilihan anda seperti gambar 8.
Sudukan (sendukkan)ke dalam loyang puding tadi seperti gambar 9. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil seperti gambar 10.

Cara untuk masukan adunan kedalam loyang yg sudah berisi puding (tp saya x guna sudu, saya guna senduk.. Utk cepat dan memudahkan saya)

Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis seperti gambar 11.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang seperti gambar 12
Kek sudah masak seperti gambar 13.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri seperti gambar 14
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk seperti gambar 15 dan 16. Selamat mencuba :-).
































Cake : Cheese
Flavor : Blueberry
Size : 8 inch
Weight : 1.5kg

Tempahan kek ni dari Cik Nurul Izzah, yang tak lama lg bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan May 2013 akan datang. Dia datang ambil order ptg nanti dan mungkin terus balik Alor Setar.










Cake : Soft butter walnut cake
Weight : 1.8 kg
Size : 8 '
Theme : Elmo Sesame Street







Annie Hussein customer yg tak banyak komplain yg juga merupakan jiran sebelah rumah, telah menempah muffin dengan icing ' lama dah x makan muffin.. Tp aku nk muffin yg ada gula ising' katanya.

Muffin blueberry, muffin chocolate, muffin orange and muffin vanilla chip order dari Ustaz Azhar untuk majlis di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Agama, Cheras. Ustaz Azhar menempah muffin ni sebanyak 150 biji siap dengan bungkus menggunakan 'plastic cookies'.

Order from Cik Illa for her daughter's birthday party... Cik Illa minta edible image cup cake, x kisah apa2 pun as long sesuai untuk anaknya yg berumur 6 tahun. Dia order sebanyak 50 pcs.