Resepi kek gula hangus

Bahan- bahan
6 biji telor
2 cawan gula pasir
2 cawan air 
2 cawan tepung gandum - diayak
1/2 tin susu pekat
2 sudu kecil sodium bikarbonat - diayak
2 sudu besar majerin/butter

Cara-cara
Masak gula sampai cair & kekuningan, masukan air. Kemudian kacau sehingga semuanya larut dan sebati.. tutup api dan ketepikan. Dalam bekas yang lain, pukul butter/majerin sampai kembang, masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.. masukan susu pukul lagi, kemudian tepung beserta sodium bikarbonat. gaul rata.. Selepas itu masukan adunan gula yg telah dicairkan td, Gaul adunan sehingga sebati, kemudian masukan adunan di dalam acuan yg telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan 160c. (seeloknya diperam dahulu adunan 1 hingga ke 3 jam sebelum dibakar) 

SELAMAT MENCUBA




Repeat order dr Fazliyana.. dia order muffin 250 pcs perisa kiwi, coklat, blueberry & strawberry

Dah lama sebenarnya nak buat cake ni... tp tak berkesempatan, bila dah ada masa sikit so buatla untuk diri sendiri makan...

Muffin
Flavor : Vanilla+strawberry jem
Size : S

Muffin 
Flavor : Kiwi
Size : S
Muffins
Flavor : Orange, Blueberry, Chocolate Chip, Strawberry & Vanilla Chip
Quantity : 250 pieces
Size : S

Repeat order from K.Baah, Public Bank Jalan Ampang.
Cake : Oreo Cheese 
Weight : 2 kg
Size : 8 inch
Decoration : Butter cream+ fruitiest
Order  dari jiran ku Cik Illa


Muffin : Blueberry
Flavor : Vanilla+ blueberry pie filling
Size : L
Quantity : 700 pieces

Salam... hari ni dah 19hb Jun 2012 bersaman 29 rejab, x lama lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.  Diharap Allah melanjutkan lg usia kita untuk bertemu dgn bulan yg penuh dgn barakah itu.. 
Saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pd K.Roy & her husband, sbb x jemu-jemu menempah blueberry muffin dgn saya. Kata husband K.Roy kali ni nak bawa balik Kuala Kangsar untuk majlis perkahwinan adiknya.  Sebenarnya muffin ni akan diberi kpd tetamu pd majlis 3 jun 2012.. tp br hari ni teringat nk upload gambar ni... setelah beberapa minggu gambar ni diambil. 




Cake : Red Velvet
Flavor : Vanilla
Weight : 1.5kg
Size : 8 inch 
Deco : Fondant
Hantaran kahwin dari Ammar untuk Fadzliana di majlis akad nikah pada 2 Jun 2012. Tahniah buat mereka berdua
Cake : Butter
Flavor : Vanilla
Weight : 500g
Size : 7 inch 
Deco : Butter cream & Edible image

Cake : Butter
Flavor : Vanilla
Weight : 500gm
Size : 7 inch
Deco : Butter cream & Fondant 

Ini lah dua org budak yg nk bawa cup cake kt sek sempena Hari Guru 2012. Bertuah cikgu dapat hadiah dr mereka berdua. 
Cup cake
Quantity : 25 pieces
Flavor : Vanilla
Decoration : Fondant

Cup cake
Quantity : 25 pieces
Flavor: Vanilla
Decoration : Fondant


Kek ni saya buat sempena birthday husband on 01 April 2012.. Dia x tau pun sbb on that day dia kerja, so saya buatla untuk dia senyap-senyap. Yang paling excited anak-anakla, terutama yg sulung dgn yang second,  x sabar katanya tunggu ayah balik.

Aku suka makan roti boy.... so aku pun cubala resepi yang aku ambik kt internet sape2 yang berminat bolehla salin & try buat roti boy ni , memang sedap...

Bahan yg diperlukan:
inti
(yg ni resepi dlm internet)
100g mentega dilembutkan
1/4 st esen vanilla
35g gula perang

(yg ni resepi aku)
250g cream cheese
60g gula kastor
25ml air

topping
100g mentega
80g gula ising-ayak
2 bj telur-pukul sikit
3 sb nescafe+2 sb air
100g tepung gandum-ayak

doh roti
1/2 kg tepung roti-ayak
20g susu tepung-ayak
75g gula kastor
1 1/2 st yis
270ml air
60g mentega dilembutkan
1 bj telur dipukul sedikit


Cara-caranya:
Inti
(yang ni resepi dlm internet)
Pukul mentega dlm kelajuan sederhana 3 minit.. masukan esen vanilla + gula perang pukul sebati. Masukan dlm mangkuk bekukan dlm peti sejuk. kemudian bulat-bulatkan dlm 10 bahagian.
(yang ni resepi aku)
Pukul cream cheese bersama air dan gula kastor sampai sebati lebih kurang 5 minit dlm kelajuan sederhana. Kemudian masukankan kedlm piping bag macam kt gambar di atas. Lepas tu masukan dlm peti ais sebelum diletakan didlm doh.
topping:
Pukul mentega bersama gula ising dlm kelajuan sederhana selama 5 minit. kemudian masukan telur sedikit demi sedikit. lepas tu masukan bancuhan nescafe td dan tepung... putar lg dalam kelajuan perlahan sehingga sebati. Masukan ke dlm piping bag seperti dlm gambar di atas, kemudian sejukan di dlm peti ais.
doh / roti
masukan tepug roti & gula kastor ke dlm mixer pd kelajuan sederhana selama 1 minit. Masukkan yis, telur & air.. putar lg selama 1 minit kelajuan perlahan. Putar lg dlm kelajuan sederhana selama 8 minit.. masukan butter & gaul sebati selama 5 minit pd kelajuan sederhana. Bulatkan 55gm tutup dgn kain lembab selama 10 minit.
cara masukan inti: Letak doh di atas tapak tangan leperkan, kemudian pipingkan inti di atas doh. tutup semula (bulatkan balik seperti asal kemas2/rapat) pastikan jangan letak inti bnyk2..takut nanti inti terkeluar dr doh semasa dibakar. Setelah siap di bulatkan susun semula di dlm loyang pd jarak lebih kurang 7 cm.. ketepikan selama 45 minit. Kemudian piping topping atas roti seperti gambar di atas.
Setelah siap piping topping.. bakar pada suhu 170c darjah selama 15-20 minit. Bila dah bakar roti akan jd seperti gambar di atas. Dah jd gemooookkk... hahaha...
Letak dalam pinggan... pastu boleh makan yummmmmyyyyyyy..!!! Selamat mencuba..!!!

Muffin 

Flavor : Vanilla chip, blueberry, strawberry & raisin
Size : S
Quantity : 200

Muffin ni order dr kawan sepupu husband, dia nk bg pada tetamu untuk majlis yg dia organize di Brem Mall.
Muffin
Flavour : Chocolate
Topping : Chip chocolate
Size: S
Quantity : 50 pcs

Muffin
Flavour : Vanilla
Topping : Chip chocolate
Size : S
Quantity : 50 pcs


Cake
Flavour : Chocolate steam
Weight : 1.5kg
Size : 8 inch
Decoration : butter cream+choc rice+almond


Cake

Flavour : Vanilla
Weight : 1kg
Size : 7 x 7
Decoration : Choc ganache+buttercream+fruitiest
Puding caramel
Size : 7 x 7
Decoration : fruitiest

Blueberry cheese yg diminati ramai...!!!

Assalamualaikum.. kepada peminat2 cheese kek yang ingin mencuba resepi ni, sila la ambik pen dan kertas utk me'copy' resepi cheese kek. Terlebih dahulu ..alhamdulillah dpt jugak akak curi masa utk menaip resepi ni..walaupun jam skrg ni menunjukkan pukul 0254am, bkn pm tau..!!! bukan apa kesian kt kawan2 terutamanya rakan fb yg dok minta resepi, tp x dpt2 lg so hr ni akak usahakan jugak utk menaipnya dik non...

Bahagian dasar:
1. 200g Biskut digestives atau apa2 biskut.. akak guna biskut jacob weetmeal je dik non, dihancur-hancurkan.. pastu ketepikan. Kalau nk letak oreo pun sama caranya cuma kena asingkan dulu krim oreo tu baru hancur-hancurkan.
2. 110g butter. Butter ni dicairkan...
3. Selepas butter td dah cair masukan 2 sudu besar gula perang.. Akak letak gula perang tu penuh2 dik non, kalau x nak manis kurangkan ckit.. bukan apa takut penyakit lain pulak yg dtg.. kang akak jugak yg salah..!! Pastu akak masukan 50g badam cincang, kalau ikut akak belajar dulu disuruhnya bakar dulu badam tu.. tp akak x buat la mcm tu.. akak masukan je terus.. tp dont worry x sakit perut punya bila makan nanti..hehehe... Last sekali masukan biskut yg telah dihancurkan td.. gaul rata ye.. and make sure api dah tutup masa gaulkan semua bahan utk dasar ni td.. dah gaul rata masukan kedalam acuan pastu tekan sekuat-kuat hati sampai rata sekeliling acuan, dah rata biarkan sejuk..pastu masukan dlm peti sejuk.