Kek yg simple dan senang dibuat serta disukai oleh customer. Anak2 & family mertua pun suka makan.. Tp ada gak customer yg minta x nk letak walnut.
Selalu tengok bloggers or peminat tart buat blueberry cheese tart, strawberry cheese tart... Tp anak2 kalau cheese ni diaorg kurang sikit, so buat la chocolate tart... Tart ni pun x belajar kt mana2 formal class pun, cua berguru dengan en google jer..
Kek ni first time buat, teringin nk buat tgk ramai bloggers dok buat kek ni.. Nampak cantik pulak tu. Sehari sebelum buat tu, pergi la cari resepi kek ni kt en google.. Bia dah jumpa terus salin dan simpan kt buku resepi.. Alhamdulillah first time cuba menjadi, rezeki anak2 & hubby :-). Hubby & anak2 pulak memang favourite diaorang la puding caramel ni.. So ni la gambar kek puding caramel yg pertama di zalihachoice :-))))
Resepi kek gula hangus
Bahan- bahan
6 biji telor
2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 cawan tepung gandum - diayak
1/2 tin susu pekat
2 sudu kecil sodium bikarbonat - diayak
2 sudu besar majerin/butter
Cara-cara
Masak gula sampai cair & kekuningan, masukan air. Kemudian kacau sehingga semuanya larut dan sebati.. tutup api dan ketepikan. Dalam bekas yang lain, pukul butter/majerin sampai kembang, masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.. masukan susu pukul lagi, kemudian tepung beserta sodium bikarbonat. gaul rata.. Selepas itu masukan adunan gula yg telah dicairkan td, Gaul adunan sehingga sebati, kemudian masukan adunan di dalam acuan yg telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan menggunakan 160c. (seeloknya diperam dahulu adunan 1 hingga ke 3 jam sebelum dibakar)
SELAMAT MENCUBA
Dah lama sebenarnya nak buat cake ni... tp tak berkesempatan, bila dah ada masa sikit so buatla untuk diri sendiri makan...
Muffins
Flavor : Orange, Blueberry, Chocolate Chip, Strawberry & Vanilla Chip
Quantity : 250 pieces
Size : S
Repeat order from K.Baah, Public Bank Jalan Ampang.
Cake : Oreo Cheese
Weight : 2 kg
Size : 8 inch
Decoration : Butter cream+ fruitiest
Muffin : Blueberry
Flavor : Vanilla+ blueberry pie filling
Size : L
Quantity : 700 pieces
Salam... hari ni dah 19hb Jun 2012 bersaman 29 rejab, x lama lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Diharap Allah melanjutkan lg usia kita untuk bertemu dgn bulan yg penuh dgn barakah itu..
Saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pd K.Roy & her husband, sbb x jemu-jemu menempah blueberry muffin dgn saya. Kata husband K.Roy kali ni nak bawa balik Kuala Kangsar untuk majlis perkahwinan adiknya. Sebenarnya muffin ni akan diberi kpd tetamu pd majlis 3 jun 2012.. tp br hari ni teringat nk upload gambar ni... setelah beberapa minggu gambar ni diambil.
Hantaran kahwin dari Ammar untuk Fadzliana di majlis akad nikah pada 2 Jun 2012. Tahniah buat mereka berdua
Ini lah dua org budak yg nk bawa cup cake kt sek sempena Hari Guru 2012. Bertuah cikgu dapat hadiah dr mereka berdua.
Bahan yg diperlukan:
inti
(yg ni resepi dlm internet)
100g mentega dilembutkan
1/4 st esen vanilla
35g gula perang
(yg ni resepi aku)
250g cream cheese
60g gula kastor
25ml air
topping
100g mentega
80g gula ising-ayak
2 bj telur-pukul sikit
3 sb nescafe+2 sb air
100g tepung gandum-ayak
doh roti
1/2 kg tepung roti-ayak
20g susu tepung-ayak
75g gula kastor
1 1/2 st yis
270ml air
60g mentega dilembutkan
1 bj telur dipukul sedikit
Inti
(yang ni resepi dlm internet)
Pukul mentega dlm kelajuan sederhana 3 minit.. masukan esen vanilla + gula perang pukul sebati. Masukan dlm mangkuk bekukan dlm peti sejuk. kemudian bulat-bulatkan dlm 10 bahagian.
(yang ni resepi aku)
Pukul cream cheese bersama air dan gula kastor sampai sebati lebih kurang 5 minit dlm kelajuan sederhana. Kemudian masukankan kedlm piping bag macam kt gambar di atas. Lepas tu masukan dlm peti ais sebelum diletakan didlm doh.
Pukul mentega bersama gula ising dlm kelajuan sederhana selama 5 minit. kemudian masukan telur sedikit demi sedikit. lepas tu masukan bancuhan nescafe td dan tepung... putar lg dalam kelajuan perlahan sehingga sebati. Masukan ke dlm piping bag seperti dlm gambar di atas, kemudian sejukan di dlm peti ais.
masukan tepug roti & gula kastor ke dlm mixer pd kelajuan sederhana selama 1 minit. Masukkan yis, telur & air.. putar lg selama 1 minit kelajuan perlahan. Putar lg dlm kelajuan sederhana selama 8 minit.. masukan butter & gaul sebati selama 5 minit pd kelajuan sederhana. Bulatkan 55gm tutup dgn kain lembab selama 10 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































